BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 30, 2011

Diploma Akauntasi

Program tiga tahun Diploma Akauntansi menyediakan latihan teori dan praktikal dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan serta dapat berfungsi dengan cekap dan lancar menggunakan sistem manual dan komputer. Program ini mencakupi semua bidang perakaunan seperti kewangan, pengkosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan.
Selain bidang perakaunan, pelajar juga mempelajari bidang lain yang berkaitan dengan undang-undang syarikat, undang-undang perdagangan, pengurusan perniagaan dan ekonomi yang dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan bagi membolehkan mereka meningkat ke jawatan penyeliaan.

Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat bagi memperolehi pengalaman kerja dalam persekitaran perniagaan dan perakaunan.

3 comments:

puanfazidah said...

salam..

Fahmi Zulkifli said...

Assalamualaikum..dgn diploma akauntasi boleh keja apa ya??

Fahmi Zulkifli said...

Salam..dgn diploma akauntasi boleh dpat keja apa ya??